Friday 9 December 2011

Alat-alat Perkusi

Alat-alat perkusi adalah alatan muzik yang biasa digunakan oleh guru dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah. Dengan adanya alatan muzik ini, pembelajaran murid akan menjadi lebih seronok. Alat-alat perkusi yang biasa dimainkan dalam kelas adalah seperti berikut:

(a) Kastenet                                                                           (b) Kerincing


                                                                         

(c) Tamborin                                                                          (d) Kayu Tik-Tok


                                                    

                                                         

(e) Melodian                                                                       (f) Recorder


                                   


(g) Maracus









       

Pic

Pic adalah penting apabila menyanyikan lagu kerana setiap orang mempunyai pic yang berbeza. Ia merupakan  sukatan suara untuk nada muzik atau suara penyanyi. Pic juga merujuk kepada ketinggian dan kerendahan sesuatu not itu berbunyi. Pic tinggi berada di sebelah kanan kibod piano dan pic rendah berada di sebelah kiri kibod piano. Jarak pic biasa di rujuk pada suara manusia.

(a) Soprano - suara perempuan yang tinggi

(b) Alto - suara perempuan yang rendah

(c) Tenor - suara lelaki yang  tinggi

(d) Bes - suara lelaki yang rendah

Teori Asas Muzik

Jika ingin mempelajari dan mendalami ilmu dalam bidang muzik, perkara paling asas yang perlu difahami adalah dengan baluk, meter, garisan bar, jenis-jenis klef, garisan leger dan tanda kromat.

(1) Baluk
Baluk terdiri daripada lima garis selari dengan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not muzik.

Garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garis paling bawah dipanggil garisan pertama, begitu juga dengan ruang paling bawah disebut sebagai ruang yang pertama. Not-not muzik ditulis pada garis dan ruang.


(2) Meter/Tanda masa dan Garis Bar

(a) Meter atau tanda masa ialah kiraan masa dalam sesuatu muzik. Ia dikumpulkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai bacaan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak setiap bar. Nilai angka di atas mewakili bilangan detik dalam satu bar atau unit manakala nilai angka di bawah mewakili jenis detik atau not yang digunakan samada not krocet (4), minim (2), kuaver (8) dan sebagainya.

(b) Bar ialah pengelompokan ketukan-ketukan dalam hitungan genap dan ganjil.

(c) Garis bar ialah garis vertical pemisah yang membatasi antara bar.

(d) Garis bar kembar ialah dua garis vertical yang terletak di belakang bar menanda tamat.



(3) Jenis Klef

Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G)

(a) Klef Trebel

Klef Trebel juga dipanggil Klef G.

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not pada ruang)

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not pada garisan)



Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not pada ruang dan garisan)



(b) Klef Bes

Klef Bes juga dipanggil Klef G. Ia menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F.



Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (not-not pada ruang)



Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (not-not pada garisan)



Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (not-not pada ruang dan garisan)




(4) Garisan Leger (Garisan Bayangan @ Tambahan)

Garisan Leger ialah garis mendatar yang terletak di atar atau di bawah baluk muzik untuk melanjutkan jarak baluk.

(a) Garisan Leger bagi Klef Trebel



(b) Garisan Leger bagi Klef Bes



(5) Tanda Kromat








Thursday 8 December 2011

Mari Belajar Muzik

Abjad muzikal
Abjad muzikal terdiri daripada A, B, C, D, E, F dan G. Abjad ini mewakili pic
muzikal dan berhubungkait dengan papan putih dalam piano. Apabila abjad itu
mara ke depan, pic untuk setiap not menjadi semakin tinggi. Abjad muzikal ini
diulangi lebih daripada 7 kali atas 88 papan jari dalam kibod piano.



Papan putih dalam kibod
Kibod piano mempunyai papan putih dan hitam. Papan putih terdiri daripada
abjad A hingga G. Papan hitam biasanya digelar syap dan flet dan ia diatur
dalam kumpulan duaan dan tigaan. Melalui papan hitam, anda boleh mengenali
sebarang not dalam kibod. C selalu berada sebelum dua papan hitam di sebelah
kanan.
Staf Muzik
Staf muzik terdiri daripada lima garisan dan empat ruang. Setiap abjad muzikal
A hingga G berada di atas garisan atau ruang tertentu.
Garisan dan ruang
Not boleh ditulis di atas lima garisan dan empat ruang. Not di atas garisan
terletak di tengah atas garis. Not di dalam ruang berada di antara dua garisan.

Garis Leger
Garis leger ialah garis mendatar yang terletak di atas atau di bawah staf muzik
untuk melanjutkan jarak staf.









Jenis Klef
Klef adalah tanda yang ditulis pada permulaan garis staf penentu kedudukan
pic.
.  

                                                                     


  
(a) Klef Trebel
Klef Trebel juga dipanggil klef G


























(b) Klef Bes
Klef Bes juga dipanggil klef F.


 




(c) Klef Alto
Klef alto ialah klef yang meletakkan C tengah pada garis ketiga klef trebel


     


Wednesday 7 December 2011

Teori Asas Muzik

 Mengenal tone, note dan scale

Teori asas muzik tidak boleh dipandang remeh dalam pembelajaran gitar. Anda memang boleh terus pegang gitar, ingat posisi kod dan terus mainkan lagu. Tapi untuk cari kod lagu, nak main solo part, anda perlu tahu sekurang-kurangnya asas kepada teori muzik. Tutorial kali ini akan menerangkan perkara paling asas dalam muzik iaitu tone, note dan scale, sebelum boleh masuk ke asas kod.

Ada 12 nada dalam satu kitaran not muzik iaitu 7 nada paling asas dalam muzik iaitu dalam
note C, D,E, F, G, A dan B (atau DO, RE, MI, FA, SO, LA dan TI ; DO=C, RE=D
dan seterusnya) serta 5 nada yang terletak di antara C-D, D-E, F-G, F-A dan A-B. Jarak
dua not muzik yang berdekatan dipanggil semi-tone atau half-tone. Oleh itu seperti gambar
di atas, jarak dari E ke F dikira sebagai semi-tone, dan jarak dari C ke D dikira sebagai
“whole tone” atau “full tone”. Jarak dari B ke C juga dikira sebagai whole tone.
* C# dan Db adalah not yang sama. Kod # (baca: SHARP) bermaksud half-tone di atas, dan
b (baca:FLAT) bermaksud half-tone di bawah.
Satu kitaran not muzik dari C ke B dipanggil octave. Octave tidak semestinya bermula
dengan C. Jika ia bermula dengan C, ia dipanggil nada dalam key C. Jika ia bermula dengan
F dipanggil nada dalam key F.

Kelompok Not (Group)



Bentuk , Nama dan Nilai Not

 
Notasi balok adalah penulisan lagu/musik dengan menggunakan lambang-lambang pada balok-balok berupa jajaran baris. Agar dapat memahami penulisan not balok, kita harus mempelajari terlebih dahulu bagian-bagian yang ada pada sistem penulisan notasi balok tersebut.
Bentuk, nama dan nilai not

BENTUK, NAMA, DAN NILAI TANDA DIAM

SOLFA

SOLFA bermula dari Do hingga So. Sebenarnya, setiap tangganada hanya ada 8 not sahaja iaitu do-re-mi-fa-so-la-ti-do. Sebagai contoh tangganada asas
'C Major' - C-D-E-F-G-A-B-C

Tangganada Major


Tonik sesuatu tangganada menjadi do

supertonik - r
median - m
subdominan - f
dominan - s
submedian - l
leading note - t
tonik - d'


*Satu sistem yang menguasai bunyi yang sangat berkesan. Seseorang yang menguasai Solfa akan dapat menyanyi dengan hanya berpandukan skor tanpa alat muzik. Pencipta lagu yang boleh menguasai solfa tidak memerlukan bantuan alat muzik untuk mencipta.

* Solfa dapat dikuasai dengan bantuan tanggasolfa.

Isyarat Tangan Solfa

Friday 25 November 2011

Idiophones
Nama : Cerek

Nama : Ghatam

Nama : Kertuk Buluh

Nama : Kertuk Kayu

Nama : Kertuk

Unpitched Percussion

Membranophones / Drums

Nama : Beduk

Nama : Gedombak

Nama : Geduk

Nama : Gandang

Nama : Jidur

Nama : Kemplingan

Nama : Kercing

Nama : Kompang