Wednesday, 7 December 2011

Teori Asas Muzik

 Mengenal tone, note dan scale

Teori asas muzik tidak boleh dipandang remeh dalam pembelajaran gitar. Anda memang boleh terus pegang gitar, ingat posisi kod dan terus mainkan lagu. Tapi untuk cari kod lagu, nak main solo part, anda perlu tahu sekurang-kurangnya asas kepada teori muzik. Tutorial kali ini akan menerangkan perkara paling asas dalam muzik iaitu tone, note dan scale, sebelum boleh masuk ke asas kod.

Ada 12 nada dalam satu kitaran not muzik iaitu 7 nada paling asas dalam muzik iaitu dalam
note C, D,E, F, G, A dan B (atau DO, RE, MI, FA, SO, LA dan TI ; DO=C, RE=D
dan seterusnya) serta 5 nada yang terletak di antara C-D, D-E, F-G, F-A dan A-B. Jarak
dua not muzik yang berdekatan dipanggil semi-tone atau half-tone. Oleh itu seperti gambar
di atas, jarak dari E ke F dikira sebagai semi-tone, dan jarak dari C ke D dikira sebagai
“whole tone” atau “full tone”. Jarak dari B ke C juga dikira sebagai whole tone.
* C# dan Db adalah not yang sama. Kod # (baca: SHARP) bermaksud half-tone di atas, dan
b (baca:FLAT) bermaksud half-tone di bawah.
Satu kitaran not muzik dari C ke B dipanggil octave. Octave tidak semestinya bermula
dengan C. Jika ia bermula dengan C, ia dipanggil nada dalam key C. Jika ia bermula dengan
F dipanggil nada dalam key F.

No comments:

Post a Comment