Friday 9 December 2011

Pic

Pic adalah penting apabila menyanyikan lagu kerana setiap orang mempunyai pic yang berbeza. Ia merupakan  sukatan suara untuk nada muzik atau suara penyanyi. Pic juga merujuk kepada ketinggian dan kerendahan sesuatu not itu berbunyi. Pic tinggi berada di sebelah kanan kibod piano dan pic rendah berada di sebelah kiri kibod piano. Jarak pic biasa di rujuk pada suara manusia.

(a) Soprano - suara perempuan yang tinggi

(b) Alto - suara perempuan yang rendah

(c) Tenor - suara lelaki yang  tinggi

(d) Bes - suara lelaki yang rendah

No comments:

Post a Comment