Friday 9 December 2011

Teori Asas Muzik

Jika ingin mempelajari dan mendalami ilmu dalam bidang muzik, perkara paling asas yang perlu difahami adalah dengan baluk, meter, garisan bar, jenis-jenis klef, garisan leger dan tanda kromat.

(1) Baluk
Baluk terdiri daripada lima garis selari dengan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not muzik.

Garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garis paling bawah dipanggil garisan pertama, begitu juga dengan ruang paling bawah disebut sebagai ruang yang pertama. Not-not muzik ditulis pada garis dan ruang.


(2) Meter/Tanda masa dan Garis Bar

(a) Meter atau tanda masa ialah kiraan masa dalam sesuatu muzik. Ia dikumpulkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai bacaan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak setiap bar. Nilai angka di atas mewakili bilangan detik dalam satu bar atau unit manakala nilai angka di bawah mewakili jenis detik atau not yang digunakan samada not krocet (4), minim (2), kuaver (8) dan sebagainya.

(b) Bar ialah pengelompokan ketukan-ketukan dalam hitungan genap dan ganjil.

(c) Garis bar ialah garis vertical pemisah yang membatasi antara bar.

(d) Garis bar kembar ialah dua garis vertical yang terletak di belakang bar menanda tamat.



(3) Jenis Klef

Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G)

(a) Klef Trebel

Klef Trebel juga dipanggil Klef G.

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not pada ruang)

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not pada garisan)



Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not pada ruang dan garisan)



(b) Klef Bes

Klef Bes juga dipanggil Klef G. Ia menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F.



Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (not-not pada ruang)



Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (not-not pada garisan)



Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (not-not pada ruang dan garisan)




(4) Garisan Leger (Garisan Bayangan @ Tambahan)

Garisan Leger ialah garis mendatar yang terletak di atar atau di bawah baluk muzik untuk melanjutkan jarak baluk.

(a) Garisan Leger bagi Klef Trebel



(b) Garisan Leger bagi Klef Bes



(5) Tanda Kromat








No comments:

Post a Comment